Donut pandan ini sangat mudah untuk di buat. Hanya bulatkan dan tekap lubang tengah tu menggunakan penutup esen vanila maka jadilah donut pandan. Rasanya pun sedap. Lain dari yang lain.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 peket yis/mauripan
  • 2sb gula
  • 2sb marjerin
  • 5sb susu pekat
  • Air daun pandan
  • Pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar daun pandan dan tapiskan. Masukkan air daun pandan tadi bersama yis dan gula.
  2. Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau dan kacau.
  3. Biarkan dalam 15 minit hingga berbuih. (Dalam bekas tertutup)
  4. Dalam bekas lain masukkan tepung. Gaul dengan marjerin dan susu.
  5. Gaul sebati macam serbuk roti.
  6. Masukkan sedikit-sedikit air rendam yis tadi, uli sampai tak melekat dekat tangan.
  7. Rehatkan doh selama sejam. Tutupkan bekas.
  8. Sebelum menguli, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
  9. Sapukan minyak pada dulang untuk elakkan dari melekat.
  10. Kemudian boleh lah bentukkan bulat-bulat.
  11. Tunggu doh kembang sekejap. Tekapkan lubat dekat tengah menggunakan penutup esen vanilla.
  12. Kemudian boleh lah goreng. Kalau nak buat frozen goreng separuh masak sahaja.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Wan Iela

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 262 times!)