Bolu Gulung Mini Pelangi merupakan kudapan enak pada musim perayaan. Bolu gulung ini adalah kek yang terdiri dari lapisan warna-warni pelangi serta mempunyai rasa lembutnya tersendiri. Disini saya nak kongsikan resepi untuk anda semua buat sendiri di rumah. Berikut merupakan resepi untuk membuat bolu gulung mini pelangi:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji telur
  • 100 gr gula pasir
  • 50 gr tepung terigu
  • 1 sdt SP
  • 1 sct panili
  • 100 ml margarin
  • 25 gr susu bubuk
  • 25 gr tepung maizena
  • pewarna makanan

Cara membuatnya adalah:

  1. Masukkan telur, gula, SP serta panili. Mixer sebati sampai kembang putih. Masukkan campuran tepung terigu, tepung maizena dan susu bubuk sedikit demi sedikit. Mixer lagi.
  2. Kemudian, masukkan marjerin. Adun sebati. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Masukkan 5 jenis perwarna makanan yang berlainan mengikut citarasa.
  3. Tuang adunan warna unggu ke dalam loyang pengukus yang sudah dipanaskan untuk lapisan. Kukus selama 5 minit.
  4. Lepas lapisan pertama masak, tuang adunan warna  lain untuk lapisan kedua. Kukus lagi. Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan unggu.
  5. Setelah itu, untuk lapisan terakhir tunggu sehingga 15 minit. Angkat dan potong. Sapu butter krim, lalu digulung. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 5 times!)