Bolu Gulung adalah sejenis kek span gulung yang dipenuhi krim, jem atau lapisan gula. Bolu gulung juga boleh didapati dengan pelbagai jenis warna sesuai dengan selera anda. Berikut adalah resepi untuk membuat bolu gulung pelangi.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 5 butir telur
  • 50 gr tepung terigu
  • 25 gr tepung maizena
  • 100 gr mentega cair
  • 25 gr susu bubuk
  • 100 gr gula pasir
  • 1 sdt SP
  • 6 pewarna makanan

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan bolu gulung pelangi.
  2. Masukkan gula, telur, dan SP. Lalu, ketiga-tiga bahan tersebut diaduk hingga mengembang dan berwarna putih menggunakan mixer.
  3. Kemudian, masukkan susu bubuk, tepung terigu, dan tepung maizena kedalam adunan tadi. Lalu, diaduk kembali sehingga bercampur rata.
  4. Masukkan marjerin kedalam adunan, dan aduk sehingga sebati.
  5. Setelah itu, asingkan adunan kepada 6 bahagian. Lalu, masukkan 6 jenis pewarna makanan yang berlainan kedalam adunan tersebut.
  6. Masukkan keenam-enam adunan kedalam plastik condong satu persatu.
  7. Masukkan adunan kedalam acuan, lalu dikukus lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
  8. Keluarkan acuan bolu untuk digulung. Biarkan sehingga sejuk.
  9. Letak butter krim. Kemudian, bolu gulung boleh dipotong dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaanya:

Kredit resepi Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)