Berikut adalah Resepi Bolu Kukus Mekar Zebra. Resepi yang sangat ringkas tambahan pula bahan-bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

Kek ini sesuai dihidangkan waktu minum petang anda semua atau untuk dijadikan juadah sampingan semasa majlis-majlis tertentu.

 

Resepi Bolu Kukus Mekar Zebra

 

Resepi Bolu Kukus Mekar Zebra Selembut Kapas

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 g tepung terigu (All purpose flour)
  • 250 g gula pasir
  • 250 ml sprite
  • 2 biji telur utuh
  • 3 biji putih telur
  • 1 sct panili
  • 1 sct ovalet
  • Sejumput garam
  • Pewarna makanan

 

Cara-cara Memasak:

  1. Mixerkan sekaligus semua bahan kecuali pewarna. Mixerkan sehingga sebati.
  2. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagiaan. Satu bahagian dicampurkan dengan warna coklat.
  3. Masukkan adunan kedalam bekas secara berselang warna yang berbeza sehingga penuh.
  4. Kemudian kukuskan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 21 times!)