Hari ini saya akan sediakan resepi bolu kukus roti tawar tanpa tepung. Bahan-bahannya sedikit tetapi hasilnya banyak. Cara buatnya juga senang. Resepi ini sesuai untuk anda yang mahukan resepi simple dan bahan-bahan yang sedikit. Resepi ini sesuai dihidangkan untuk minum petang anda semua bersama keluarga atau jiran-jiran.

 

Berikut merupakan Resepi Bolu kukus roti tawar yang enak dan mudah.

Bahan-bahannya adalah:

  • 12 lembar roti tawar
  • 4 butir telur
  • 200 gr gula pasir
  • 300 ml santan kental
  • 100 gr manisan sukade
  • 1 sdm Quick (cake emusilfier)

Cara-cara memasak:

  1. Mixer gula pasir, telur dan Quick. Mixer sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan santan sedikit-sedikit.
  3. Campurkan manisan sukade kedalam bekas yang berisi roti. Kemudian masukkan bahan mixer.
  4. Kacau sehingga sekata. Kemudian masukkan kedalam loyang yang berbentuk mengikut citarasa masing-masing. Jangan lupa loyang disapu  mentega dulu.
  5. Kukuskan selama 25 minit. Siap diangkat dan untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini untuk panduan langkah demi langkah:

Kredit Resepi : Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 18 times!)