Selamat petang semua. Dah ada resepi untuk minum petang? Belum ada? Jangan risau, kerana resepi yang saya sediakan untuk anda semua sangat senang dan cepat. Resepi dadar gulung coklat isi vla ini sesuai untuk dijadikan juadah minum petang dan untuk sarapan pagi anda semua.

 

Berikut adalah resepi untuk membuat dadar gulung coklat isi vla:

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 150 g tepung terigu (All purpose flour)
  • 30 g tepung coklat
  • 1 sdm tepung kanji
  • 400 ml santan
  • 1 biji telur
  • 1 sdm mentega
  • 2 sdm gula pasir
  • sejumput garam
  • pewarna makanan

Bahan untuk Vla:

  • 600 ml susu cair
  • 100 g tepung terigu (All purpose flour)
  • 1 sdm tepung maizena
  • 5 sdm gula pasir
  • 1 sdm mentega
  • 2 sct panili

Cara-cara memasak:

Untuk Vla:

  1. Campurkan gula pasir dan tepung yang dah diayak. Masukkan susu cair dan gaulkan hingga sebati.
  2. Masak bahan vla yang dah sebati sehingga masak(pekat). kemudian Masukkan panilli dan mentega.

Untuk kulit vla:

  1. Masukkan garam, gula dan telur. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan tepung kanji, tepung coklat dan tepung terigu yang sudah diayak.
  2. Tambahkan santan sambil kacau sehingga serata. Boleh tambahkan pewarna coklat untuk tambahkan warna.
  3. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

Menggoreng:

  1. Sapukan mentega di dalam kuali yang dipanaskn terlebih dahulu. Masukkan adunan kulit vla dan ratakan seluruh kuali.
  2. Angkat kulit vla yang sudah masak. Letakkan vla diatas kulit vla dan gulungkan.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 36 times!)