Anda pernah makan koalk cendil ketan kenyil? Hari ini saya bawakan resepi kolak cendil ketan kenyil dari indonesia. Boleh dijadikan santapan untuk anak anak dan suami dirumah. Berikut merupakan resepi untuk membuat kolak cendil ketan kenyil:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gr tepung ketan,
  • 100 ml air kapur sirih,
  • sejemput garam,

Bahan-bahan saos:

  • 600 ml santan kental,
  • 2 keping gula merah,
  • sedikit air putih (untuk rebusan gula merah),
  • sejemput garam,
  • 100 gr tepung beras,
  • daun pandan,

Bahan-bahan Topping:

  • 2 sdm tepung beras,
  • 1 gelas santan kental,
  • sejemput garam

Cara membuat kolak cendil ketan kenyil

  1. Untuk bahagian isi, masukkan tepung, garam dan air kapur sirih, uli sehingga sebati
  2. Bentukkan adunan kepada bola  kecil
  3. Untuk bahagian saos, rebus gula merah dengan air
  4. Kacau sehingga rata dan tambahkan selembar daun pandan, Tunggu sehingga mendidih
  5. Tapis gula merah ke dalam kuali berlainan
  6. Campurkan tepung kental dan santan, kacau hingga rata
  7. Masukkan santan ke dalam gula melaka
  8. Masukkan sedikit garam dan kacau rata
  9. Masukkan bebola kecil tadi ke dalam campuran di atas
  10. Masak sehingga bola terapung
  11. Setelah itu masukkan campuran tepung dan beras tadi
  12. Untuk bahan toping, masak santan, tepung beras dan garam sehingga sedikit pekat
  13. Kemudian idangkan kedua2 bahan di dalam manguk secara berselang seli

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah untuk cara-cara penyediaannya:

 

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)