Pernahkah anda makan kue bapel atau kuih bapel? Dari segi bentuk dan namanya memang cukup unik, namun kualiti rasa kuih bapel begitu enak dengan rasa manis yang khas. Selain itu, kuih bapel termasuk jenis kuih yang mempunyai tekstur sangat empuk dan juga lembut. Berikut adalah resepi untuk membuat resepi kuih bapel manis dan empuk.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 200 gr tepung terigu
  • 125 gr gula pasir
  • 300 ml santan
  • 50 gr margarin
  • 50 gr tepung beras
  • 25 gr susu bubuk
  • 1 butir telur
  • 1 sdt hermifan
  • pewarna makanan

Cara Membuat Kuih Bapel Yang Manis dan Empuk:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan dalam proses pembuatan kuih bapel.
  2. Masukkan gula pasir dan telur, kemudian mix hingga mengembang dan berwarna pucat.
  3. Masukkan tepung terigu, susu bubuk, dan hermifan sambil diaduk rata.
  4. Kemudian, tuangkan santan sedikit secara perlahan sambil diaduk lagi. Selepas itu, masukkan marjerin, pewarna makanan dan aduk sehingga rata.
  5. Setelah selesai, supaya lebih efektif biarkan adunan selama 1 jam sampai mengembang sempurna.
  6. Sebelum memanggang, sapu marjerin ke dalam setiap cetakan kuih bapel.
  7. Kemudian, masukkan adunan ke dalam cetakan kue bapel, lalu panggang selama 15 minit.
  8. Tunggu agar kuih bapel matang secara keseluruhan.
  9. Keluarkan kuih tersebut dari dalam oven dan siap untuk disajikan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 29 times!)