Korang pernah cuba tak kuih getas ketan yang merupakan resepi popular dari Indonesia? Memang tidak rugi bagi sesiapa yang mencuba kuih ini kerana mempunyai rasa yang sangat sedap dan enak dimakan untuk juadah sarapan pagi atau minum petang. Kuih ini juga menggunakan tepung ketan sebagai bahan utama. Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih getas ketan dengan gula karamel:

Bahan-bahannya adalah:

  • 2 butir kelapa parut ukuran sedang
  • 500 gr tepung ketan
  • 100 gr gula pasir
  • sejumput garam
  • cuka asam secukupnya

Cara membuatnya adalah:

  1. Satukan tepung ketan, garam dan kelapa parut. Gaul sebati.
  2. Bentukkan adunan. Kemudian panaskan minyak, goreng getas sehingga matang. Angkat daan ketepikan.
  3. Untuk karamel: Cairkan gula pasir di atas api. Setelah cair, tambahkan gula asam. Kacau sehingga gula pekat likat.
  4. Masukkan getas bersama karamel tadi. Kacau sebati, masak sebentar.
  5. Siap untuk disajikan bersama seisi keluarga.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk langkah demi langkah:

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 10 times!)