Hai semua. Apa khabar semua harini? Semalam terbaca satu resepi dari Indonesia ni, terus teringin nak merasa masakan Indonesia ni. Ye lah kan, nak pergi Indonesia tak tahu bila kan. Bagaimana kalau kita buat sendiri di rumah kan. Susah? Jangan risau resepi seperti dibawah.

Berikut adalah resepi untuk membuat nasi liwet ikan teri dengan ricecooker:

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cup beras
  • 3 lembar daun salam(daun bay)
  • 1 buah sereh(serai) digeprek(diketuk)
  • 1 buah bunga lawang
  • Garam secukupnya
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • 2 cabe(lada) merah keriting dibuang bijinya
  • 1 genggang ikan teri(bilis) digoreng

Langkah-langkah seperti berikut:

  1. Tumiskan bawang merah, serai, bunga lawang, dan bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun salam, ikan teri dan cabe merah yang sudah dipotong.
  3. Matikan api dan masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk yang berisi beras.
  4. Masukkan garam secukupnya. Kemudian masukkan air secukup air.
  5. Masakkan nasi dalam rice cooker sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba semua.

Tonton video ini untuk panduan langkah demi langkah:

 

Kredit resepi : Madam Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 22 times!)