Wow.. dengan bahan yang cukup ringkas dan mudah anda boleh menghasilkan roti gulung zebra panggang ini. Kebiasaanya anak-anak menggemari roti gulung ini untuk dimakan semasa mereka ingin bermain atau belajar. Roti gulung ini juga boleh menjadi santapan buat tetamu yang hadir singgah ke rumah anda.

 

Bahan-Bahannya Roti Gulung Zebra Panggang:

  • 8 butir telur
  • 100 gr tepung terigu
  • 100 gr gula pasir
  • 100 gr margarin
  • 1 sdm susu bubuk
  • 1 sdm coklat vanhouten
  • 1/2 sdt alpina
  • 1 bks quick / 25 gr quick
  • 1 kopi mocca
  • Butter cream secukupnya
  • Pewarna kuning telur

 

Cara-caranya: 

  1. Masukkan gula pasir ke dalam bekas pengacau
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam bekas pengacau
  3.  Masukkan quick, susu bubuk dan alpina, kacau sehingga rata
  4. Setelah rata masukkan margarin yang telah dicairkan dan kacau sehingga rata
  5. Bahagikan adunan kepada dua bekas
  6. Masukan pewarna mengikut citarasa ke dalam bekas yang pertama
  7. Didalam bekas kedua tambahkan coklat vanhouten untuk lebih sedap
  8. kemudian masukkan pasta mocca untuk mewangikan adunan di dalam bekas kedua
  9. kacau adunan di dalam kedua-dua bekas sehingga rata
  10. masukkan adunan ke dalam loyang yang disediakan secara berselang seli.
  11. Masukkan adunan ke dalam oven selama 20 minit, 180 ‘C
  12. Selepas sudah siap angkat roti tersebut dan diletakkan ke atas kain sehingga sejuk
  13. Setelah sejuk, sapukan butter cream secukupnya dan gulung roti tersebut.
  14. Roti gulung zebra panggang sedia untuk dimakan

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

 

Kredit resepi Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)