Buat mereka yang masih tercari-cari resepi kek yang tidak memakan bajet banyak, resepi kek oreo kukus ini untuk anda! Hanya menggunakan 2 bahan sahaja untuk membuat kek ini.
Berikut resepi perkongsian daripada Ameera di laman Facebook.
Kek Oreo Kukus
Bahan-bahan:
- 2 paket biskut oreo
- 1 kotak susu coklat – dua gelas
Cara-cara:
- Masukkan biskut oreo dan susu ke dalam blender.
- Kisar biskut oreo dan susu coklat.
- Sapu mentega pada loyang dan masukkan adunan ke dalam loyang.
- Kukus di dalam pengukus selama 25-30 minit.
- Siap!
Kredit: Ameera
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi ‘Thai Street Banana Pancake’, Guna Paratha Segera Jer!