Assalamualaikum kepada semua yang masih tercari-cari juadah untuk sarapan pagi yang ringan dan juga juadah minum petang bersama keluarga. Kuih bakar/bingka Cempedak senang untuk dimasak dan disajikan. Jangan risau kerana saya akan membantu anda dengan resepi yang senang diperolehi dan menjimatkan.

Resipi Kuih Bakar/Bingka Cempedak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200g Isi Cempedak (dikisar)
  • 350ml Air
  • 450ml Santan
  • 220g Gula Kasar
  • 200g Tepung Gandum
  • 30g Tepung Beras
  • 3 Biji Telur (saiz kecil)
  • Secubit Garam
  • Sedikit Warna kuning
  • 2 Sudu Besar Mentega Cair

Cara-caranya adalah:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Kisar isi cempedak, gula dan air hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas. Kisar telur, tepung gandum, tepung beras, garam dan air. Tapis adunan. Tuang ke dalam bekas adunan cempedak.
  3. Tambah santan. Gaul hingga rata dan tidak berketul. Masukkan mentega cair dan perwarna kuning. Kacau sebati. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan yang sudah di gris dengan minyak.
  4. Akhir sekali, hias  dengan isi cempedak yang sudah dihiris. Bakar dalam selama 45 minit.
  5. Sejukkan dulu baru dipotong dan dihidangkan.

Cara2 buat, semua ada dalam Tutorial Video. 

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat mencuba semua. Belum cuba belum tahu, sudah cuba selalu mahu.

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 115 times!)