Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.

Bahan-bahan untuk direbus:

  • 1 kg ikan kembung
  • 5 keping asam keping
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A):

  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili padi, buang tangkai
  • 25 biji cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan kisar (B):

  • Isi ikan kembung
  • Air rebusan ikan kembung
  • Asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C):

  • 1 tin kecil isi ikan sardin
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (D):

  • Tulang ikan kembung
  • Sedikit air

Bahan-bahan kisar (E):

  • 1/2 biji nenas
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah:

  • 1/2 liter air
  • Bahan-bahan kisar A,B,C,D,E
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • Seketul belacan bakar
  • 2 sudu besar petis
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul kecil gula melaka

Bahan-bahan untuk laksa:

  • 1 pek laksa kering
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk condiment/ taburan atas laksa penang:

  • Daun salad
  • Daun selom
  • Timun
  • Bawang
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Nenas
  • Telur rebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.
  7. Cara-cara untuk rebus laksa:
    1. Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
    2. Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.
  8. Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:
    1. Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
    2. Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
    3. Potong limau nipis.
    4. Laksa sedia untuk dihidangkan

Untuk keterangan lanjut, tonton video dibawah ini !!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)