Siapa sini suka makan popia goreng bersira? Ada orang panggil popia goreng sambal, ada orang panggil popia goreng bersira sambal, popia goreng bersalut sambal, popia goreng pedas. Pemilihan nama popia selalunya bergantung kepada kemahiran seseorang menggunakan kata imbuhan dan penguasaan kosa kata yang luas.

Tak kisahlah memana. Aku suka sangat makan popia anyway. To be specific, popia inti sayur. Tak suka yang inti lelain. Dari aku kecik lagi, memang dah rajin tolong ibu buat popia. Kalau balik Seremban tu, selalu la melipat popia sambil mencece tentang kehidupan. Tau tau je dah penuh tupperware aku dengan popia!

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1/2 biji sengkuang
  • 1 biji karot
  • 3 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk popia:

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 sudu besar pes bawang merah dan bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk popia:
    1. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
    2. Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
    3. Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
    2. Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
    4. Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
    5. Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.

Selamat mencuba…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 8 times!)