Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan bukan? Setelah seharian menahan dahaga, dapat minum air sejuk-sejuk memang padu! Jom buat air soda herbs ni untuk berbuka nanti. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.
Resepi Air Soda Herbs Viral, Air Penyejuk Tekak & Memang Padu!
Bahan-bahan:
- Ais
- Air soda
- Lemon
- Asam boi
- Daun pudina
- Laici (buah sahaja)
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan.
- Untuk laici ambil buah sahaja, air jangan campur sekali.
- Memang sedap dan menyegarkan!
Kredit: Has Liza Alham
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Air Sirap Bandung Soda Cincau, Memang Padu!