Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Jom Buat Badak Berendam Yang Sedap, Lemak-Lemak Manis Rasanya. Mudah Je Lelaki Bujang Pun Boleh Cuba Buat!

Jannah Abdullah by Jannah Abdullah
September 10, 2020
in Kuih Muih, Resepi
2 min read
0 0
0
resepi badak berendam
0
SHARES
83
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Badak berendam merupakan kuih yang diadun daripada tepung pulut dan tepung gandum yang di campur dengan daun pandan bagi menaikkan lagi aroma dan menyedapkan rasa. Kuih badak berendam ini adalah salah satu daripada kuih tradisional Melayu. Ia dimakan bersama kuih putih iaitu kuah yang dihasilkan daripada santan. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap!

BacaJuga

Resepi Mudah Kuih Bakar Tradisi Turun Temurun Yang Sedap

September 4, 2020
65

Ini Cara Betul Buat Kaswi Pandan Lemak Manis Supaya Sedap!

Julai 18, 2020
26

RESEPI DOH

Bahan Doh

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar dan tapiskan)
  • Sedikit pewarna hijau. Tak letak pun tak pe. Hijau jus pandan pun okay.

Cara Penyediaan:

  1. Tuang air jus pandan sikit demi sedikit dan gaul sebati. Ulikan hingga menjadi doh.
  2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh isikan inti kelapa atau apa-apa inti yang anda suka. Bulatkan semula.
  3. Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip dan toskan airnya.
  4. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI INTI

Bahan Inti:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara Penyediaan:

  1. Masak gula merah + gula melaka + air hingga larut. Tapiskan.
  2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih, secubit garam & daun pandan.
  3. Gaul rata dan agak-agak nak kering letak tepung gandum dan gaul sebati.

RESEPI DADIH/KUAH :

Bahan Dadih

  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 helai daun pandan..simpulkan
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Sebatikan bahan diatas (nak kisar pun boleh). Masak hingga naik wap.
  2. Dadih ni kena rasa masin sedikit. Sentiasa dikacau agar tidak berketul.
  3. Kacau sampai sedikit likat dan terpulang nak likat lagi kacau je lagi tapi jangan sampai pekat sangat.

.SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : Zura Zul

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
lynda course free download
download xiomi firmware
Tags: badak berendamkuih tradisional
ShareTweetSend

Related Posts

Teknik Bekukan Beras
Resepi

Guna Teknik Bekukan Beras Ini, 15 Minit Sahaja Bubur Nasi Siap Boleh Dimakan!

Februari 25, 2021
512
Resepi

Resepi Sambal Tauhu & Tempe Goreng Sayur, Baunya Pun Dah Cukup Buat Mak Mertua Terliur. Sedap Sungguh!

Februari 25, 2021
194
Sambal Ayam Geprek
Resepi

Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

Februari 25, 2021
198
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist