Macam yang kak M janjikan siang tadi meh nak share resepi Kacang Pool yang popular kat Johor dan Singapura. Asalnya makanan ni dibawak masuk orang-orang Arab, Menu ni dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas. Biasanya kak M guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.

Selain kacang pool, boleh jugak masukkan kacang-kacang lain. Contoh baked beans, red beans atau pun chick peas. Macam-macam resepi kacang pool ni sebenarnya. Nak guna kacang pool sahaja pun boleh. Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita #kitabuatdia. Kak M nak letak red beans sebenarnya, tak jumpa plak jadi kak M guna 2 jenis kacang aje.

Kacang pool ni biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambahn cili merah bagi cantik sket). Masak kacang pool ni mudah jer tak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool ni dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.


Jom kita tengok resepi kat yang kak M guna

RESEPI KACANG POOL SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan:
400 gram daging kisar – kak M guna brand Ramly
2 camca besar rempah kari daging – baba’s
2 tin kacang pool (foul)
1 tin baked beans
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus
2 camca besar minyak sapi
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Kisar halus:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Lain:
Limau kasturi – belah 2
bawang besar – dadu kecik
Cili hijau – dadu boleh, potong serong boleh
Roti – terpulang nak guna roti apa, gardenia pun boleh

Cara:


1. Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
2. Remas kacang pool dan baked beans hingga pecah tapi tak payah sampai lumat.3. Satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biar sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi sampai naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa sampai naik minyak.Kemudian masukan daging cincang dan masak lagi sampai naik minyak lagi.5. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan kalau nak lebih pekat) kacau hingga air mendidih. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Kacau sentiasa dan gunakkan api sederhana selama lebih kurang 15 – 20 minit.
6. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan bila dah masak boleh matikan api.

Cara hidang: 
Bila nak hidang, cedok kacang pool mangkuk kemudian taburkan cili hijau, bawang besar dadu dan letak sekeping telur mata. dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti yang awak suka. Roti Perancis boleh, gardenia boleh, tapi kak M suka beli roti homemade dari sorang kakak ni kat paya jaras.

#kakMmasak

 

Follow kami di Youtube : https://www.youtube.com/c/DailyMakan

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)