Kek Oreo Kukus ini sangat mudah untuk dibuat dan menjimatkan. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Jom kita cuba resepi yang dikongsi oleh Hana Ramli di laman facebook miliknya.

BAHAN- BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2 pek biskut oreo
  • 1 kotak kecil air susu coklat
  • Coklat Bar | Kalau tak letak pun tak apa

CARA PENYEDIAAN :

1.Masukkan biskut oreo dan air kotak ke dalam pengisar. Pastikan pengisar bebas daripada bau bawang dan lada.

2. Kisar sampai hancur dan sebati.

3. Tuang adunan ke dalam bekas. Bekas apa pun boleh. Kemudian kukus, kalau nk tahu dah masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu itu bermakna kek oreo kito belum masak.

4. Apabila sudah masak, letak dalam pinggan dan sejukkan dahulu.

5. Kalau ada coklat bar bolehlah double boil dan tuangkan atas kek sebagai topping. Kalau tak ada, makan macam tu pun sedap dah.

Selamat mencuba!

 

 

 

3.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 6,548 times!)