Roti paung adalah salah satu makanan tradisional Terengganu. Sangat mudah untuk dibuat dan sedap. Boleh menggantikan roti Gardenia yang semakin berkurangan di pasaran. Resepi ini dikongsi oleh Aleesya Danial di laman Facebook miliknya.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • 1 kilo gandum
  • 1 paket yis mauripan
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  •  2 sudu planta
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

  1. Bancuhkan yis dahulu dengan sedikit air dan satu sudu tepung gandum, Ketepikan sehingga berbuih. Selalunya ambik masa dalam 10 hingga 15 minit.
  2. Uli kesemua bahan sehingga sebati dan biarkan kan doh naik/kembang. Lebih kurang dalam 2jam atau 3jam.
  3. Bila dah naik elok, bulat-bulat kan dan susun dalam acuan. Biarkan doh yang dah dibulat-bulatkan naik dahulu baru dimasukkan dikbakar.
  4. Sebelum dibakar dalam oven, sapukan margerine di atas doh yang kita dah bulat-bulatkan….
  5. Selamat berjaya…
  6. Selepas keluar dari oven, masa masih panas, terus sapu margerine.

 

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 4,640 times!)