Jika anda pengemar Ikan Sardin, kami akan konsikan satu resepi yang sangat menarik. Sardin masak lemak, resepi yang mudah dan semestinya akan menambahkan selera anda.

Bahan-bahan (kisar):

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 6 biji cili padi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar daun kunyit (dihiris)
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 1 tin ikan sardin
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, cili padi dan cili merah.
  2. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan santan, serbuk kunyit, daun kunyit, asam keping dan serai. Gaul.
  4. Masukkan ikan sardin bersama dengan kuah tomatonya. Gaul.
  5. Masukkan cili merah, bawang besar dan garam. Gaul.
  6. Siap untuk dihidang.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 9 times!)