Hari ini nak kongsikan masakan Sotong Masak Kicap yang saya masak. Masakan simple dan mudah yang memang ramai dah tahu. Namun bagi anak anak yang baru belajar memasak, bolehlah ambil yang mana mana perlu.

Masakan saya hari ini sangat sedap lebih lebih lagi kerana sotongnya yang menpunyai telur. Ianya resepi biasa sahaja tapi bila menggunakan sotong segar dan bertelur pula, itu yang menjadikannya sangat sedap.

Jom layan resepi di bawah ini…

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong (dihiris)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 4 sudu besar kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara Penyediaan:

  1. Dalam mangkuk, campurkan sotong bersama kunyit. Gaul sehingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sotong yang telah diperap.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, kicap masin, air asam jawa, garam, gula dan lada hitam. Renehkan seketika.
  4. Lauk Sotong Masak Kicap sudahpun siap untuk dinikmati!
  5. Hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang untuk sedikit kesegaran!

Untuk keterangan, boleh rujuk video dibawah!!!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 18 times!)