Kalau biskut batik dah selalu dengar kan? Tapi bagaimana pula dengan puding biskut marie? Ada yang pernah buat ke? Nur Haziqah ada berkongsi satu resepi puding biskut marie di laman Facebook.

BAHAN- BAHAN :

  • biskut marie original
  • serbuk agar-agar 10gm
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan fresh milk / susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
  • 3 sb serbuk koko
  • 12 sb milo

CARA PENYEDIAAN :

  1. Kisar fresh milk , susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
  2. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
  3. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
  4. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar tadi.
  6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
  7. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik
  8. Tuang adunan puding , nipis saja
  9. Susunkan biskut marie
  10. Kemudian tuang lagi adunan puding
  11. Ulang sampai adunan puding habis
  12. Sejukkan baru potong.

Sumber : Nur Haziqah via facebook MAHN

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,137 times!)