Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je. Bahan-bahan lain jugak main peranan untuk mendapatkan rasa ayam masak kicap yang sedap. Sekali makan terus menyandar. Seorang wanita di laman facebook ada berkongsi resepi ayam masak kicap.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam | gaul dengan garam dan kunyit (goreng)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • Tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih dan halia
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)
  • 1 batang Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Bawang besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bawang

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga kekuningan.
  2. Masukkn bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat)
  5. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
  6. Nampak pekat sangat boleh masukkan air. Dah masak boleh tabur cili padi dengan daun sup dan daun bawang.

*tak perlu letak bahan perasa sebab kicap-kicap dan sos sudah cukup manis dan masin

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Mami Mirza

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 647 times!)