Bila membeli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang sangat memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barang yang beli lambat digunakan untuk dimasak.

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi diamana bila beli mi kuning, kuetiau dan laska basah untuk disimpan stok berminggu-minggu tapi tak dimasak pun?

Bila sudah beku dan berbau, dibuang ke tong sampah la jawapannya. Tak ke membazir. Kan?

Jadi jom kita cuba petua untuk menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah yang dikongsikan oleh saudari Hani Mynis.

Cara Sebenar Simpan Mi Kuning, Kuetiau Dan Laksa Basah Supaya Tahan Lama

  • Cara ini sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan selama 3 hari. Letakkan di tempat redup (tiada cahaya matahari) di dapur.
  • Kalau nak tahan selama 2-3 minggu, jangan terus masukkan dengan plastik sebungkus-sebungkus tu ke dalam peti ais. Nanti mi akan mengeras dan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebuskan balik.
  • Mi yang melekat ini juga akan patah bila nak dileraikan. Bila dimasak, hasilnya mi akan jadi tidak cantik.

Cara betul menyimpan mi basah (tip dari penjual laksa & mi kari)

  1. Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan teus masukkan ke dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi supaya tidak melekat. Jangan terus masukkan seketul macam tu tanpa diuraikan.
  2. Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
  3. Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
  4. Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini, mi akan bertahan hingga berminggu.
  5. Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih kemudian masukkan mi. Hasilnya mi akan menjadi lembut, cantik dan tidak patah-patah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Resepi Mee Berkuah Sedap

(This post has been visited 527 times!)