CoolBlog telah melancarkan minuman terbaru mereka, Coolblog Oppa Cheese dengan penuh kejutan rasa cheese selepas Perayaan Hari Raya yang lepas. Minum edisi terhad hanya dijual untuk masa yang terhad sahaja daripada 2 julai sehingga 26 Ogos 2018.

Ini adalah salah satu minuman menggunakan campuran rasa cheese dengan rasa penuh keju dan penuh kejutan, dan sesuai untuk masa santai. Di samping, dapat menikmati minuman berperisa cheese yang menyegarkan bila-bila masa, dan di mana sahaja.

Oppa Cheese mempunyai tiga jenis perisa iaitu :

  1. Chocolate Cheese
  2. Blueberry Cheese
  3. Strawberry Cheese

Minuman ini dapat memikat hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global untuk mewujudkan ciptaan ais yang dicampur perisa yang lazat.

Minuman ini berharga RM6.00 dan boleh didapati di semua kaunter CoolBlog di seluruh negara.

Coolblog jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk dikenali sebagai jenama antarabangsa, merupakan kisah kejayaan Malaysia. Sehingga hari ini, jenama berusia 10 tahun itu telah berkembang ke lebih 300 buah kios di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

(This post has been visited 7 times!)