Rasa ais kelapa muda nurijell memang cukup sedap. Tambahan lagi, dapat merasai kenikmatannya bila diminum ketika cuaca panas. Ini adalah resepi ais kelapa muda dari nutrijell yang mudah lagi segar.

Bahan yang diperlukan :

  • 1 bungkus nutrijell plain 15gram
  • 1 bungkus santan kara 65ml
  • 3 sdm gula pasir
  • 450ml air
  • 3 sdm SKM
  • 1/2 sdt garam
  • Sirup cocopandan dan ais secukupnya

Cara-caranya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk membuat ais kelapa muda nutrijell.
  2. Masukkan air. Kemudian, masukkan santan kara, nutrijell, gula pasir, dan susu pekat manis. Lalu dikacau sampai bercampur rata.
  3. Didihkan semua campuran tadi sampai larut. Selalu dikacau supaya santan tidak berketul. Setelah mendidih, tutup api, biarkan sekejap hingga wap panasnya hilang. Kemudian, tuang kedalam bekas dan dibiar sejuk.
  4. Setelah itu, parut seperti parut buah kelapa muda. Cara untuk sediakan adalah, letak sedikit ais, isi yang sudah siap diparut, tambah sedikit air, dan sirap cocopandan. Siap untuk disajikan.

Semoga mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 34 times!)