Korang semua dah terfikir ke nak buat ape untuk juadah petang ni? Kalau belum ada menu, jangan risau tau. Apa kata kalau kita buat sedikit kelainan petang ni. Sesekali kan buat kelainan untuk kepuasan kita dan keluarga jugakkan. Saya sedikan untuk anda resepi apem kuah mini pelangi versi Indonesia untuk anda semua.

Berikut merupakan resepi untuk membuat apem kuah mini pelangi:

Bahan-bahannya adalah:

  • 500 gr tepung beras
  • 300 gr tape singkong(tapai ubi)
  • 700 ml air putih
  • 700 ml santan kental
  • 200 gr gula merah
  • 1 sdn fermipan
  • ½ garam
  • Pewarna makanan

Cara-cara memasak seperti dibawah:

  1. Masukkan tepung beras, tapir yang sudah dihaluskan, fermipan, garam dan air secukupnya kedalam bekas acuan.
  2. Gaul semua bahan hingga sebati. Kemudain diamkan adunan selam 1 – 2 jam.
  3. Asingkan bahan-bahan yang sudah sebati untuk dimasukkan pewarna.
  4. Masukkan pewarna mengikut citarasa masing-masing.
  5. Sapukan marjerin pada kuali yang akan digunakan. Bentukkan mengikut citarsasa masing-masing.
  6. Tunggu sehinnga masak dan keluarkan.

Untuk kuah:

  1. Masukkan santan dan gula merah kedalam periuk.
  2. Masak sehingga sebati. Siap untuk disediakan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya.

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 13 times!)