Kedai makan siam kini tidak asing lagi di bibir masyarakat Malaysia, dek kerana juadah dan menu yang menepati selera masyarakat.
Telur dadar mereka yang rangup di tambah dengan lauk tomyam merupakan salah satu tarikan pelanggan.
Ikuti resepi untuk membuat telur dadar yang rangup yang dikongsikan oleh niknabazlyn di laman sosial TikTok miliknya.
Resepi Telur Dadar Rangup Ala Kedai Siam
Bahan-bahan
- Telur
- Bawang
- 1 sudu sos ikan
- 1/2 sudu tepung jagung
- Garam (kalau nak masin)
Cara Penyediaan
- Masukkan telur ayam dan bawang ke dalam mangkuk dan kacau
- Masukkan 1 sudu sos ikan dan 1/2 sudu tepung jagung ke dalam mangkuk tersebut, tambahkan garam mengikut citarasa sendiri jika ingin masin dan kacau sehingga sebati.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan telur.
Nota: Pastikan minyak lebih banyak daripada biasa dan betul-betul panas untuk menggoreng telur dadar supaya ia rangup.
Kini, sesiapa sahaja boleh menggoreng telur dadar rangup ala kedai siam. Kalau mengidam tengah malam pun dah boleh buat sendiri. Bahan-bahan dan cara masak pun mudah sahaja yang penting kena rajin.
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan resepi kepada pencinta telur dadar kedai siam.
Kredit: niknabazlyn
Baca juga: Ini Rahsia Untuk Menyediakan Mi Kari Seafood Yang Enak, Dijamin Akan Menjadi Kegemaran Keluarga