Langkau ke kandungan

Nasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat Masa

Jawapan ringkas

Guna api kuat. Tumis bawang putih yang diketuk, pecahkan telur dan kacau sampai hancur, kemudian masukkan nasi (sebaiknya nasi sejuk). Bila berasap, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit lada hitam.

Terus ke resipi
Nasi Goreng Budak Sekolah

Nasi goreng adalah antara hidangan yang senang dimasak menggunakan bahan yang ada di dapur.

Kali ini Daily Makan ingin berkongsi satu resipi yang boleh dirujuk oleh ibu bapa untuk menyediakan sarapan anak-anak.

Ia juga dinamakan Nasi Goreng Budak Sekolah disebabkan ia memang dibuat untuk anak-anak. Rasanya tak pedas dan memang menjimatkan masa.

Jom kita ikuti resipi Nasi Goreng Budak Sekolah daripada Ida Shahida ini. Dia berpesan, resipi ini kena ikut sebijik-bijik barulah sedap dan rasanya lebih mantap.

“Sila ikut resipi ini sebiji ya. Jangan ubah apa-apa. InsyaAllah masakan ini akan jadi paling sedap anda pernah makan. Percayalah dan cubalah.”

Nasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat MasaNasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat Masa

Bahan-bahan

  • Minyak
  • Bawang putih, diketuk
  • Telur
  • Nasi (sebaiknya nasi sejuk)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Lada hitam

Cara Memasak

  1. Kena buka api kuat sekali kemudian panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
  3. Pecahkan telur dan dan kacau supaya hancur dan sempurna masakannya.
  4. Masukkan nasi dan kacau.
  5. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit lada hitam.
  6. Kacaulah sampai berasap (api mesti kuat sekali). Siap!

Resipi Nasi Goreng Budak Sekolah

  1. Kena buka api kuat sekali kemudian panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.
  3. Pecahkan telur dan dan kacau supaya hancur dan sempurna masakannya.
  4. Masukkan nasi dan kacau.
  5. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit lada hitam.
  6. Kacaulah sampai berasap (api mesti kuat sekali). Siap!

Inilah hasilnya. Nampak sedap, bukan?

Nasi Goreng Budak Sekolah, Cuma Guna Telur Tapi Confirm Anak Suka. Sedap & Jimat Masa

Petua buat nasi goreng yang sedap

  • Goreng nasi kena sampai berasap. Itu tanda nasi goreng dah masak dan jadi sedap. Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi.
  • Api kena kuat!
  • Selepas pecahkan telur kena kacau cepat supaya telur hancur dan masak sempurna. Kalau tak, nanti nasi goreng berbau hanyir telur.
  • Sebaiknya buat nasi goreng guna nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai walaupun baru dimasak. Jangan guna nasi yang lembik  untuk buat nasi goreng ya. Melekat-lekat jadinya. Rasa pun kurang sedap.

Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.

Sumber: Ida Shahida

Baca juga: Cara Buat Gulai Kuning Ikan Ayo Resipi Mok, Biar Kuah Jadi Lagi Pekat & Rasa Makin Mantap

Cik Daun

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Daun