Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Rempah Kari Ikan Basah, Lebih Sedap Dari Beli Yang Di Kedai

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Rempah Kari Ikan Basah, Lebih Sedap Dari Beli Yang Di Kedai

Kategori: ,
rempah-kari-ikan-basah

Kari ikan sudah menjadi juadah kegemaran ramai rakyat Malaysia. Apa yang menjadikannya begitu sedap adalah rempah dan pes kari yang digunakan. Dengan begitu banyak pilihan di pasaran ada sahaja rempah kari yang anda boleh dapati.

Tapi jika anda kehabisan rempah kari atau ingin cuba membuatnya sendiri, ikuti cara yang telah dikongsikan oleh Fadhlul-Hadi Bin Abd Rahman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Rempah Kari Ikan Basah, Lebih Sedap Dari Beli Yang Di Kedai, Nak Buat Untuk Lauk Lain Pun Boleh

Bahan-bahan

  • 10 hingga 12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5 hingga 7 ulas bawang kecil
  • Kunyit hidup
  • 10 hingga 15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 batang serai (diketuk) rempah-kari-ikan-basah

Cara-caranya

  1. Basuhkan cili kering, biji ketumbar, bawang putih, lada hitam, jintan putih dan jintan manis, tapis dan dan rendam dengan air panas selama 10 minit.
  2. Kemudian, kisarkan kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
  3. Sedia untuk dibuat kari. rempah-kari-ikan-basah

Sudah siap akhirnya rempah kari ikan basah ini, sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Jadi kalau anda dah kehabisan rempah kari di rumah, boleh lah cuba resepi ini. Memang ringkas sahaja untuk buat sendiri.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.

Kredit: Fadhlul-Hadi Bin Abd Rahman

Baca Juga: Resepi Ayam Perap Berempah Ala Mamak, Simple Tapi Padu! Simpan Dalam Peti Terus Goreng

tags: | | |