Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » “Goreng Ikan, Buat Cara Ni..”, Resipi Viral Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Makan Dengan Nasi Putih Pun Bertambah!

“Goreng Ikan, Buat Cara Ni..”, Resipi Viral Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Makan Dengan Nasi Putih Pun Bertambah!

Kategori: ,
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Korang nak masak hidangan lauk ikan, tapi tak tahu nak masak dengan cara apa? Haaa perkongsian ini memang untuk korang.

Kalau korang nak makan ikan dengan cara yang lain, bolehlah buat Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api ni. Biasanya kita masak hidangan Masak Lemak Cili Api ini dengan ayam kan?

Jadi, kali ini kami ingin kongsikan resipi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api oleh Roslinda Razak ni. Yang penting, paling sedap bila kita goreng ikan dulu tau! Jom tengok caranya.

“Goreng Ikan, Buat Cara Ni..”, Resipi Viral Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Makan Dengan Nasi Putih Pun Bertambah!

Bahan-Bahan:

  • ikan kembung
  • cili padi
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • minyak
  • serbuk kunyit
  • santan kotak
  • air sedikit
  • garam & ajinomoto

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan dulu dengan garam dan kunyit supaya tidak hancur dan ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia. Lepastu letak minyak sedikit dan tumis.
  3. Masukkan serbuk kunyit sedikit.
  4. Apabila dah garing, masukkan santan kotak dan letak sedikit air.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Dan akhir sekali, masukkan ikan! Siap dan boleh dihidang.Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Wah! Lepas dah siap Ikan Kembung Masak Lemak ni dan masak nasi putih, makan ni pun dah sedap. Makan pula dengan sambal belacan. Memang wow lah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Roslinda Razak

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Buat Mashed Potato Cara Senang, Sos Lain Dari Yang Lain. Korang Kena Try!

tags: | |