Kuih madhumongso merupakan makanan ringan yang mempunyai rasa masam dan manis yang seimbang. Kuih ini merupakan campuran pulut yang sudah dimasak dan diperam beberapa hari ke dalam nanas yang dikisar yang dimasak sehingga pekat. Anda boleh mencubanya untuk dijadikan juadah minum petang atau sambil menonton tv.

Berikut adalah resepi kue madhumongso rasa nanas :

Bahan-bahan :

  • Tape
  • 1 kg Ketan
  • Ragi tape
  • 3 sdm gula
  • 1 buah Nanas
  • 500 g gula Santan
  • Tape
  • Garam

Cara-cara  :

  1. Tapiskan 1kg beras pulut yang sudah direndam semalam. Kemudian masukkan beras pulut kedalam kukusan. Kukuskan beras pulut hingga separuh masak.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam penapis dan basuh sehingga bersih. Rehatkan sekejap supaya tiada air bertakung.
  3. Kemudian kukus sehingga masak. Letakkan beras pulut kedalam bekas dan sejukkan beras pulut.
  4. Sementara itu, parutkan ragi tape, tapiskan untuk mendapatkan ragi tape yang halus.
  5. masukkan gula kedalam ragi tape dan gaul sebati. Kemudian masukkan kedalam pulut yang sudah masak. Gaul hingga sebati.
  6. Msukkan pulut yang sudah digaul sebatai ke dalam bekas dan tutup bekas dengan kemas. Letakkan di suhu bilik selama 2 hari.
  7. Kupaskan nanas dan buangkan bahagian tengah. Kemudian parutkan nanas. Kemudian masukkan kedalam kuali dan masak.
  8. Campurkan gula pasir dan santan kedalam pati nanas yang dimasak. Masak sehingga pekat.
  9. Masukkan gsaram secukup rasa. Kemudian masukkan pulut yang sudah siap diperam selama 2 hari.
  10. Gaul sehingga sebati dan sehingga betul-betul pekat. Kemudian sejukkan.
  11. Bungkus mengikut bentuk citarasa masing-masing. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tonton video untuk langkah-langkah yang diperlukan :

Kredit : Nikmatul Rosidah

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 21 times!)