Teri adalah ikan bilis. Sambal teri atau sambal ikan bilis banyak sekali di jual diwarung-warung makan dan mempunyai rasa sedap dan mantap. Berikut adalah resepi masakan sambal teri yang lazat dan mudah.

Bahannya adalah :

  • 1 ons ikan teri digoreng
  • Cabe rawit dan merah besar sesuai selera
  • 7 siung bawang merah
  • 3 siung bawang putih
  • Garam, gula pasir dan kaldu bubuk
  • 1 buah jeruk limau

Cara membuatnya:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal teri.
  2. Didihkan air, masukkan cili merah, bawang merah dan bawang putih. Rebus sampai layu, lalu diangkat dan dikisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah dikisar. Masukkan garam, gula pasir dan kaldu bubuk. Kacau sampai pecah minyak.
  4. Setelah itu, masukkan ikan bilis atau teri yang sudah siap digoreng. Masak biar semuanya meresap.
  5. Masukkan jeruk limau, kemudian masak sebentar selama beberapa minit. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 41 times!)