Bagi sesiapa yang menggemari makanan yang simple dan ala-ala mewah sikit. Boleh lah mencuba resepi yang disediakan ini.Berikut adalah resepi mudah menyediakan siomay ayam soas kacang.

Bahan untuk siomay ayam soas kacang :

  • 250gram daging ayam giling
  • 125gram tepung tapioka
  • 4 siung bawang putih digoreng
  • 1 butir telur
  • 50ml air dingin
  • 1/2 sdt lada bubuk
  • 1 sdt gula pasir dan garam secukupnya
  • Daun bawang iris tipis – tipis 1 buah wortel dan 1/2 buah labu siam
  • Kulit pangsit secukupnya

Bahan untuk soas kacang :

  • 100gram kacang tanah goreng
  • Air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • 1 buah jeruk limau
  • 1 siung bawang putih digoreng
  • Cabe sesuai mengikut selera digoreng
  • 40gram gula jawa

Cara-caranya:

  1. Parut lobak merah dan labu siam
  2. Masukkan daging ayam, bawang putih dan daun bawang ke dalam bekas
  3. Masukkan gula pasir, garam dan lada bubuk
  4. Tambah tepung terigu dan sebutir telur
  5. Kacau sehingga rata dan blender sehingga bahan halus
  6. Setelah itu masukkan lobak merah dan labu siam
  7. Kacau sehingga rata
  8. Ambil sehelai kulit pangsit dan bentukkan seperti bekas
  9. Masukkan bahan yang telah dibuat di atas
  10. Letakkan toping mengikut selera anda
  11. Kukus selama 35 minit

Cara untuk membuat soas kacang:

  1. Masukkan kacang ke dalam blender
  2. Kemudian masukkan bawang putih dan cabe
  3. Masukkan air asam jawa dan garam
  4. Kemudian masukkan gula jawa
  5. Masukkan sedikit air untuk memudahkan blender
  6. Blender sehingga hancur
  7. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama minya
  8. Tumis sebentar dan tambahkan air
  9. Masak sehingga pecah minyak
  10.  Selesai

Selamat mencuba masakan ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 15 times!)