Mee Bandung Muar sedap dengan bahan rahsia yang mudah. Inilah resepi rahsia saya menyediakan Mee Bandung yang mengundang nafsu makan tak boleh berhenti.

Kalau masak ikut resepi yang saya bagi, jangan salahkan kedai runcit kalau mee kuning habis di pasaran. Jom ikut langkah demi langkah menyediakannya.

A : Pes Perencah Mee Bandung Muar

Kisar Halus:

  • 1/2 biji bawang holland
  • 7-8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 mangkuk kecil minyak
  • 1 mangkuk besar cili kisar
  • 1/2 mangkuk besar gula putih
  • 40g sudu besar udang kering
  • 25 keping biskut marie
  • 1 mangkuk kecil kacang tanah

B: Mee bandung Muar

Bahan-bahan:

  • 2 senduk pes perencah
  • 1 mangkuk air rebusan daging
  • Sedikit air
  • 1 kiub pati lembu
  • Hirisan karot
  • Hirisan batang sawi
  • Hirisan daging rebus
  • Udang
  • Daun sawi
  • Garam secukup rasa
  • Mee kuning, celur
  • Tauhu, goreng dan hiris nipis
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Limau nipis
  • Telur
  • Bawang goreng

Cara penyediaan pes perencah:

  1. Potong bawang holland, bawang merah dan bawang putih. Kisar halus bahan yang telah dipotong.
  2. Kisar halus 40g udang kering.
  3. Sangai kacang tanah kemudian kisar kasar kacang tersebut.
  4. Patahkan biskut marie kemudian kisar halus.
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus bersama cili kisar dan gula putih.
  6. Masak sehingga kering dan pecah minyak.
  7. Masukkan serbuk udang kering bersama serbuk biskut marie dan serbuk kacang tanah.
  8. Kacau sehingga kering dan pekat.

Cara penyediaan mee bandung:

  1. Potong sayur sawi, karot, cili hijau dan cili merah.
  2. Hiris nipis daging yang telah direbus dan simpan air rebusannya untuk membuat kuah.
  3. Hiris nipis tauhu yang telah digoreng.
  4. Masukkan pes perencah bersama air rebusan daging dan kacau hingga sebati.
  5. Masukkan kiub pati lembu bersama hirisan karot dan hirisan batang sawi.
  6. Masukkan hirisan daging bersama udang kemudian tambah hirisan daun sawi.
  7. Tambah sedikit garam dan masak sehingga mendidih.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)