Makan je Mee Bandung Muar yang kuah pekat dan cukup rasa memang satu kenikmatan yang tak boleh bawa bincang.
Menurut Che Nor yang berkongsi resipi ini, kalau ikut je cara masak mee bandung beliau memang jadi dan tak rugi kalau cuba. Menggunakan bahan rahsia, mee bandung jadi extra sedap dan kuah pun pekat.
Nak cari yang betul betul sedap memang susah, apa kata kita buat je sendiri lagi puas hati. Jadi tunggu apa lagi jom ikuti langkah demi langkah menyediakan mee bandung muar ini.
Cara Masak Mee Bandung Muar Special
A : Pes Perencah Mee Bandung Muar
Bahan-bahan:
Bahan Kisar Halus:
1/2 biji bawang holland
7-8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain:
1/2 mangkuk kecil minyak
1 mangkuk besar cili kisar
1/2 mangkuk besar gula putih
40g sudu besar udang kering
25 keping biskut marie
1 mangkuk kecil kacang tanah
B: Mee bandung Muar
Bahan-bahan:
2 senduk pes perencah
1 mangkuk air rebusan daging
Sedikit air
1 kiub pati lembu
Hirisan karot
Hirisan batang sawi
Hirisan daging rebus
Udang
Daun sawi
Garam secukup rasa
Mee kuning, celur
Tauhu, goreng dan hiris nipis
Cili merah
Cili hijau
Limau nipis
Telur
Bawang goreng
Cara Penyediaan Pes Perencah:
Potong bawang holland, bawang merah dan bawang putih. Kisar halus bahan yang telah dipotong.
Kisar halus 40g udang kering.
Sangai kacang tanah kemudian kisar kasar kacang tersebut.
Patahkan biskut marie kemudian kisar halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus bersama cili kisar dan gula putih.
Masak sehingga kering dan pecah minyak.
Masukkan serbuk udang kering bersama serbuk biskut marie dan serbuk kacang tanah.
Kacau sehingga kering dan pekat.
Cara penyediaan Mee Bandung:
Potong sayur sawi, karot, cili hijau dan cili merah.
Hiris nipis daging yang telah direbus dan simpan air rebusannya untuk membuat kuah.
Hiris nipis tauhu yang telah digoreng.
Masukkan pes perencah bersama air rebusan daging dan kacau hingga sebati.
Masukkan kiub pati lembu bersama hirisan karot dan hirisan batang sawi.
Masukkan hirisan daging bersama udang kemudian tambah hirisan daun sawi.