Okay hari ni resipi kita ialah mee goreng. Tapi bukan mee goreng biasa, kita nak buat mee goreng mamak. Bukan apa, tadi sambil lepak lepak di kedai mamak, terpandang la seorang mamak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan makanan pelanggan dia. Ketang ketung ketang ketung bunyi kuali dengan sudip dia. Macam nk bocor kuali tu dia hentak. Dan hasilnya, mee goreng mamak yang sangat sedap.
Di Malaysia ni, ada dua jenis mee goreng yang popular iaitu mee goreng basah dan mee goreng mamak. Kalau sebut, mesti semua orang tahu. Tidak kisah lah melayu, cina atau india comfirm tahu punya. Tapi kena tahu taw, walaupun dua dua menggunakan mee kuning sebagai bahan asas, tetapi rasa dan rupanya tidak sama.

Ada 3 bahagian resepi ini iaitu penyediaaan cucur udang, penyediaan pes perencah, dan akhir sekali penyediaan mee goreng mamak.

Bahan-bahan untuk cucur udang:

  • 2 cawan tepung
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1/2 sudu garam halus
  • 1-2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil yis
  • Air secukupnya
  • Sayur Kuchai
  • 1 biji bawang

Bahan-bahan untuk pes perencah mee goreng mamak:

  • 125g kacang tanah
  • 40g cili kering
  • 1 sudu besar kacang dhal
  • 40g udang geragau
  • 1/2 mangkuk kecil pati asam jawa
  • 4 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk mee goreng mamak:

  • Sedikit minyak
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Hirisan cucur udang
  • Hirisan tauhu goreng
  • Hirisan kentang rebus
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Mee kuning
  • Pes perencah mee goreng
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Air rebusan daging
  • Hirisan daging rebus
  • 2 biji telur
  • Taugeh
  • Cili potong
  • Bawang goreng
  • Hirisan limau nipis

Cara penyediaan:

  1.  Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam halus, gula dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan yis dan tambah air bersama air kapur.
  3. Tambah hirisan daun kucai dan bawang ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng cucur bersama udang yang telah dibersihkan. Goreng sehingga keperangan.

Cara penyediaan:

  1. Gaul tauhu basah bersama sedikit garam dan goreng sehingga garing pada bahagian luar. Potong tauhu yang telah digoreng.
  2.  Hiris bawang putih, bawang merah, cucur udang dan kentang yang telah di rebus.
  3. Hiris nipis daging yang telah direbus dan simpan air rebusannya.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cucur udang bersama tauhu dan kentang rebus.
  5. Masukkan mee yang telah dibasuh dan kacau.
  6. Masukkan pes mee goreng mamak, kicap manis dan sos tomato. Masukkan air rebusan daging bersama hirisan daging dan kacau hingga sebati.
  7. Tambahkan sedikit minyak dan pecakkan telur dan kacau. Kemudian masukkan taugeh dan kacau hingga sebati.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 29 times!)