Puding Roti Coklat. Resepi ini terhasil kerana pada ketika itu ada roti yang telah luput. Nak buang, sayang pula kan. So kita akan buat puding roti tapi versi coklat.

Bahan untuk buat Puding Roti Coklat terbahagi kepada dua. Untuk bahagaian pertama,korang perlukan bahan berikut. By the way, time ni korang dah boleh start panaskan oven dengan suhu sekitar 180C. Pastu loyang dah boleh letak kertas kek atau aluminium yang disapu mentega atau marjerin bagi memudahkan kerja-kerja membawa keluar puding bila siap masak nanti.

Bahan-bahan:

  • 1 loaf roti putih kecil (dipotong)
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 400ml susu penuh krim
  • 3 sudu besar gula pasir putih
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan semi-sweet chocolate (dicincang)
  • Ais krim vanila (topping)

Cara-cara Penyediaan:

  1. Untuk adunan, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, gula dan esen vanila hingga sebati.
  2. Di dalam non-stick baking pan, masukkan roti putih dan tabur coklat.
  3. Masukkan adunan. Kemudian, tekan roti menggunakan spatula untuk serapkan roti dengan adunan.
  4. Bakar pada suhu 210°C selama 45 minit.
  5. Letakkan ais krim vanila sebagai topping.
  6. Roti Puding Coklat sudah siap!

Selamat mencuba…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 24 times!)