Setiap kali nak buat puding roti, biasanya kita guna roti putih kan? Rupa-rupanya boleh juga gunakan roti coklat kismis untuk menggantikan roti putih. Rasanya juga lebih sedap, memang lain dari lain! Ibu-ibu bolehlah cuba untuk minum petang nanti. Lihat resepi lengkap puding roti coklat di bawah, semoga bermanfaat!
Cara Buat Puding Roti Coklat Guna 3 Bahan Mudah, Bersama Sos Creamy Lazat!
Bahan-bahan puding roti:
- 2 kotak susu coklat
- 2 biji telur
- 1 bungkus roti coklat kismis
Cara-cara:
- Lapik baking paper dalam loyang. Letakkan roti dan lenyekkan sedikit supaya mampat.
- Dalam mangkuk, pukul telur bersama susu coklat. Kacau sebati, kemudian tuangkan ke atas roti dalam loyang tadi. Biarkan seketika supaya roti terendam bersama campuran telur dan susu tadi.
- Panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 10 minit terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan loyang dan bakar selama 30 minit. Bila dah masak, sejukkan di dalam peti ais.
Bahan-bahan sos:
- 1 tin susu cair
- 1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
- 1/2 sudu tepung jagung
- 1 sudu tepung kastard
- 5 sudu gula
Cara-cara:
- Dalam periuk, satukan semua bahan. Buka api perlahan sahaja. Kacau sehingga kental, kemudian sejukkan di dalam peti ais.
- Sedia untuk dimakan. Makan sejuk-sejuk lagi sedap!
Kredit: Munirah Jasamai