Agar-agar milo merupakan antara pencuci mulut yang sangat mudah untuk dibuat. Hanya dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Walaupun menggunakan 3 bahan sahaja, rasanya tetap sedap. Kalau makan ketika sejuk, lagi sedap. Semua orang pasti menyukainya, Lebih-lebih lagi anak-anak kecil.
Jadi nak tahu tak bagaimana cara membuatnya? Kalau nak tahu, jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah daan pastinya sangat sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 3 senduk milo
- 1 biji telur
- 1 pack serbuk agar-agar
- 3/4 tin susu pekat manis
- 1 kotak santan kara
- 1 cawan spiderman air sejuk
- 2 cawan spiderman air panas
CARA PENYEDIAAN:
- Mula-mula bancuhkan air panas bersama susu pekat manis dan milo kemudian masukkan telur dan tuangkan santan. Selepas itu bancuh sekata di dalam periuk.
- Masukkan serbuk agar-agar kemudian sebatikan.
- Tambahkan air sejuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaul bancuhan hingga mendidih kurang lebih 15 minit.
- Matikan api dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sekejap hingga sejuk.
- Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu hingga siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Agar-Agar Milo ini? Lagi pula, anak-anak pasti suka makanan atau pencuci mulut yang berasaskan Milo ini. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sendiri di rumah.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Norazlitaaziz
Baca juga: Cara Buat Puding Roti Serikandi Yang Cantik, Sedap Dan Mudah