Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Puding Bandung Laici Yang Umphh, Gabungan Lemak Manis Dan Aroma Laici Betul-Betul Mengancam!

Cara Buat Puding Bandung Laici Yang Umphh, Gabungan Lemak Manis Dan Aroma Laici Betul-Betul Mengancam!

Kategori: ,
cara buat puding bandung laici

Bagi penggemar agar-agar atau puding pastinya setiap kali berbuka perlu ada puding sebagai pelengkap hidangan. Tidak kira sama ada di Malaysia atau negara lain, hidangan puding ini merupakan pencuci mulut yang normal. Bukan sahaja di sebarang majlis namun di hotel-hotel juga banyak menyediakan puding ini.

Antara puding yang biasa dalam kalangan kita adalah puding roti, puding jagung dan puding sirap. Mungkin kali ini anda semua boleh cuba buat Puding Bandung Laici ini pula. Gabungan dua rasa yang cukup mengancam pasti membuatkan selera anda bertambah-tambah. Kalau hidangkan sewaktu berbuka pun sangat sesuai tau. Nak cuba buat sekarang? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Resipi Puding Bandung Laici Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 peket serbuk agar-agar 10g
  • 600ml air
  • 150gm gula
  • 100gm susu Pekat Manis
  • Secubit garam
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar perisa sirap ros

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air kemudian masukkan serbuk agar-agar, air dari buah laici dan juga gula. Kacau sehingga mendidih dan larut.
  2. Susunkan buah laici dalam bekas. Tuangkan 1/4 adunan agar-agar yang dimasak. Kemudian sejukkan dalam peti ais.
  3. Dalam bekas baki agar-agar yang dah dimasak tadi, masukkan susu pekat manis, susu cair, garam dan juga sirap ros. Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  4. Kemudian keluarkan lapisan buah laici yang sudah keras, cucukkan sedikit dengan garfu.
  5. Tuangkan adunan bandung secara perlahan-lahan.
  6. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang dua jam.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Bandung Laici ini? Hidangan yang simple namun rupa dan rasanya begitu menggoda dan mengancam. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang dan makan sewaktu berbuka nanti!

Selamat mencuba!

Kredit: Cik Dayang Zuhaila

Baca juga: “Kanom Piak Poon”, Ini Cara Buat Puding Pandan Thai, Enak Disajikan Ketika Berbuka!

 

tags: |