Viral sungguh Dalgona Coffee ni sekarang ya?

Katanya kopi ini viral di Korea? Ye ke?

Apa-apapun jom cuba buat, resepinya pun sangat mudah! Dan semestinya sedap.

Bahan-bahan:

  • Susu segar
  • Serbuk kopi/Nescafe | 2 sudu besar
  • Gula | 2 sudu besar
  • Air Panas | 2 sudu besar
  • Ais

Cara-cara:

  1. Ambil bekas dan campurkan serbuk kopi, gula dan air panas. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga pekat dan likat. Ketepikan campuran ini.
  2. Ambil gelas dan letakkan ais. Tuangkan susu segar.
  3. Kemudian tuang campuran yang dipukul tadi untuk lapisan di bahagian atas susu.
  4. Ambil gambar dulu dan jangan lupa gaulkan sebelum minum! Nyum.

Hidangkan mengikut citarasa anda!

Untuk korang yang nak buat Dalgona Coffee ni, take your own risk okay! Jangan ingat kami tak payung amaran ni, rujuk Jangan Cuba Dalgona Coffee Yang Viral ini Jika…

 

Selamat mencuba!

Sumber: @Soffiyasani_ (Twitter), @VAVJoa(Twitter), Michelle Choi (Youtube)

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11,001 times!)