Bagi mereka yang sedang berdiet, semestinya ia menjadi satu cabaran untuk mengekalkan gaya pemakanan yang sihat. Maklumlah Malaysia ini merupakan syurga makanan, semua hidangan kelihatan sedap dan mengancam. Untuk menjaga pemakanan, adalah seeloknya jika masak sendiri dan cuba pelbagai resepi sihat yang ada.
Antaranya adalah resepi puding roti versi healthy ini yang ringkas dan mudah sahaja. Tak menggunakan bahan-bahan dan pemanis yang berlemak, ia tetap sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh ZuLaily Hanim Lilly di grup Resepi Menu Harian Mudah. Jom cuba sekarang!
Cara Buat Puding Roti Pisang Versi Healthy, Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Diet
Bahan-Bahan
- 5 hingga 6 keping roti Gardenia Sommerset Multi Grain & Seeds
- 1 biji telur
- 1 sudu besar unrefined brown sugar – dapatkan di sini
- 2 biji pisang berangan
- 2 sudu besar Lurpak butter (dicairkan)
- 1 cawan susu segar skinny Farm Fresh
- Coklat gelap (sebagai hiasan)
Cara Penyediaan
- Carik-carikkan roti. Boleh ketepikan. Anda juga boleh gunakan roti lain.
- Lenyekkan pisang menggunakan garfu.
- Tambahkan 1 sudu makan gula. Boleh tambah lagi jika suka rasa yang lebih manis.
- Masukkan 1 biji telur.
- Kemudian, tambahkan butter yang telah dicairkan.
- Letakkan susu segar. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas roti yang telah dicarikkan tadi.
- Gaul rata sehingga roti serap semua bancuhan cecair. Boleh tambahkan roti kalau masih cair.
- Masukkan dalam loyang yang sudah disapukan dengan butter.
- Bakar pada suhu 170 darjah celcius di dalam oven selama 20 minit.
- Keluarkan dan sejukkan sekejap. Hasilnya rangup di luar dan lembap di luar.
Sememangnya resepi ini antara resepi sihat yang termudah untuk disediakan sendiri di rumah. Jadi bagi anda yang nak sihat tapi gemarkan pencuci mulut, janganlah lupa untuk mencuba resepi puding roti pisang versi healthy ini.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: ZuLaily Hanim Lilly di grup Resepi Menu Harian Mudah
Baca Juga: Cara Buat Sandwich Homemade Sedap, Rupa Macam Sandwich Hotel. Jom Cuba Sekarang!