Senang je rupanya nak buat roti canai ni. Guna 3 bahan je pun menjadi. Boleh cicah kari sardin dan kuah bawang cuka, memang lazat! Resepi roti canai guna 3 bahan perkongsian oleh Siti Saerah Mohammad Sharif.
Resepi Roti Canai Guna 3 Bahan Sahaja, Mudah & Sedap
Alhamdulillah…..menjadi juga roti canai resepi arwah mak….dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja.
Bahan-bahan:
- Tepung gandum – 4 senduk
- Air garam
- Minyak masak
Cara-cara:
- Campurkan tepung gandum, air dan garam(agak-agak jangan masin sangat).
- Uli bahan-bahan ini sehingga menjadi doh. Uli lagi sampai lembut dan lembut tangan-tangan.
- Kemudian, bahagikan adunan dan bulat-bulatkan. Tuangkan minyak masak. Biarkan semalaman.
- Tebar doh di atas talam.
- Buat simpul2.
- Cantumkan dua simpulan tadi.
- Leperkan sebelum digoreng.
- Tambah minyak sedikit demi sedikit ketika menggoreng….api slow ye….
- Terbalikkan roti canai tadi.
- Dh boleh makan…cicah dengan kuah bawang cuka & kuah sardin…
Kredit: Siti Saerah Mohammad Sharif
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Rahsia Roti Canai Berserta Petua, Sedap & Lembut Persis Roti Canai Mamak. Korang Kena Cuba!