Sup Ketam

Musim hujan ni kalau hirup sup ketam mesti sedap kan. Lagi – lagi kalau sup tu masih panas. Memang terbaik lah..

Sup ketam yang sedap amat merangsang selera. Dagingnya lembut sangat enak diratah begitu sahaja. Daging yang ada di kaki-kaki ketam pula sedap. Bahkan kuahnya enak dihirup hingga licin. Jadi anda boleh cuba resepi di bawah ini dan selamat menjamu selera.

Bahan – bahan :

  • Ketam kentang
  • Daun sup
  • Sup bunjut adabi
  • Garam
  • Minyak masak
  • Ubi kentang
Bahan tumbuk:
  •  1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Cara – cara :

  • Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
  • Masukkan ketam yang telah siap dibersihkan dan kacau rata
  • Masukkan air kemudian masukkan sup bunjut adabi, ubi kentang dan 1 sudu kecil garam
  • Kacau rata dan biarkan seketika sehingga ketam & ubi empuk.
  • Akhir sekali, sebelum dihidangkan taburkan daun sup dan siap.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 25 times!)