Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Sangat Bagus Untuk Segarkan Badan, Ini Tips Masak Sup Ayam Lada Hitam Yang Sedap!

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 10, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
tips masak sup ayam lada hitam
0
SHARES
151
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sup merupakan salah satu makanan yang sangat bagus untuk mereka yang kurang sihat seperti demam, batuk dan selsema. Terdapat pelbagai jenis sup yang korang boleh cuba antaranya Sup Thai, Sup Daging, Sup Ayam dan juga Sup Ikan. Sup ini bukan sahaja memiliki rasa yang enak dan lazat namun cara menyediakannya juga cukup mudah.

BacaJuga

Sup Ayam Tanpa Minyak

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Ayam Tanpa Minyak, Hidangan Sihat Untuk Diet & Amalkan Gaya Hidup Sihat

Ogos 22, 2023
37
Sup Labu Air Cara Terengganu

Resepi Sup Labu Air Cara Terengganu, Sihat & Banyak Khasiatnya. Elok Juga Makan Selalu!

Ogos 22, 2023
287

Selain itu, makan makanan yang bersup ini juga sangat bagus untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan kita. Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh, mesti ramai yang rasa tidak enak badan kan? Mana tidaknya, hampir setiap hari terkena air hujan, kepala pasti rasa berat. Badan pula rasa kurang sihat. Lemah semacam sahaja.

Selain panaskan badan dengan mandi menggunakan air panas, makanan juga merupakan salah satu keutamaan agar badan sentiasa segar. Apa kata korang yang terasa lemau tu cuba buat Sup Ayam Lada Hitam ini. Banyak khasiatnya tau. Namun untuk membuat sup ini ada tips nya supaya sup yang dimasak itu sedap dan betul-betul menjadi.

Jadi apa kata kita ikuti perkongsian tips masak Sup Ayam Lada Hitam yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di bawah ini.

Sangat Bagus Untuk Segarkan Badan, Ini Tips Masak Sup Ayam Lada Hitam Yang Sedap!

Assalamualaikum selamat pagi.

Hari ni rasa nak buat sup lada hitam. Sup ini bukan untuk orang tak sihat saja. Orang yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Kalau rasa demam, batuk, selsema boleh lah hidangkan sup ini. Orang tengah pantang pun boleh makan sup ni. Paling best sup ini tanpa minyak. Haa boleh jimat minyak. 

Resepi Sup Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Halia
  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Lada hitam
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan: 

  1. Tumbuh kasar bahan-bahan di atas kecuali ayam, gula serta garam.
  2. Kemudian satukan semua dengan ayam.
  3.  Seterusnya, didihkan. 
  4. Siap untuk dihidangkan.

Tips masak Sup Ayam Lada Hitam:

  • Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil. Jangan letak asam jawa pula. Nanti sup tu tergelap tak cantik. Tapi kalau tak ada asam keping guna je la asam jawa. Nak tambah lada hitam pun boleh.
  • Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar. Jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula.

Mudah sahaja kan nak buat Sup Ayam Lada Hitam yang sedap ini? Yang penting jangan derhaka resepi dan tips penting yang dikongsikan itu. Ingat, pastikan anda menggunaakan lada hitam yang ditumbuk kasar sekiranya tidak mahu sup yang anda masak berbeza rasanya.

Malah Sup Ayam Lada Hitam ini tidak menggunakan sebarang minyak masak, jadi juga sesuai untuk mereka yang pada ketika ini sedang mengamalkan diet. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasaknya sekarang. Gerenti suami, anak, mak mentu, ayah mentua bakal menyukainya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Kredit: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
ZG93bmxvYWQgbHluZGEgY291cnNlIGZyZWU=
download xiomi firmware
Tags: supsup ayamsup ayam lada hitam
ShareTweetSend

Related Posts

Serbuk Asam Boi
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Asam Boi Kaw Guna 3 Bahan Saja, Tabur Atas Jambu Atau Mangga Memang Sedap!

September 22, 2023
184
biskut telur crunchy
Masak Apa Hari Ini?

Unik Sangat! – Ini Cara Buat Biskut Telur Crunchy, Kudapan Ringan Yang Jarang Orang Buat Tapi Rasanya Memang Wow!

September 21, 2023
109
kurangkan rasa manis makanan
Tips

Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanan

September 21, 2023
49
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist