Hari ini kami nak kongsi satu lagi resipi mudah dan ringkas  iaitu Singgang Ayam.. Kita biasa dengar orang sebut Singgang ikan dan jarang pula orang tahu yang ayam juga boleh di buat singgang. Penyediaannya kedua-duanya juga berbeza.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul paha ayam
  • 4 cawan air
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci kunyit (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci lengkuas (dihris)
  • 1 batang serai
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji cili merah (dipotong)
  • 5 batang sayur bendi
  •  5 biji cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
  2. Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
  3. Didihkan hingga ayam masak.
  4. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 24 times!)