Lauk ikan singgang sudah menjadi sesuatu yang biasa di kalangan masyarakat Melayu. Sedap dan ringkas untuk disediakan, memang ramai yang menggemarinya.
Tapi ada juga yang tak begitu suka dengan lauk ikan. Oleh itu, di sini kami nak berkongsi resepi ayam singgang yang telah diolah oleh Wida Hasnida di grup Masakan Terengganu. Jom baca untuk ketahui caranya.
Resipi Ayam Singgang, Mudah Saja Nak Sediakan. Rasa Pun Memang Sedap!
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam
- 4 ulas bawang merah (dimayang)
- 4 ulas bawang putih (dimayang)
- 1 inci halia (dimayang)
- 1 inci lengkuas (dimayang)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 sudu ketumbar (ditumbuk)
- 4 keping asam keping
- Garam
- Serbuk perasa
- Kacang bendi
- 500 ml air
Cara-caranya
- Masukkan ayam dan bahan-bahan yang dimayang, ditumbuk, diketuk tadi ke dalam periuk sekaligus.
- Nyalakan api, gaul-gaul dulu bagi ayam kecut.
- Ayam dah kecut sikit, boleh masukkan air dan asam keping. Tunggu sampai ayam masak.
- Ayam dah masak, masukkan garam secukup rasa. Kalau perlu, tambahkan serbuk perasa.
- Rasa dah elok, tutup api dan tambahkan bendi. Sedia untuk dinikmati.
Ringkas sahaja resepi ini, anda pun tak perlu menumis apa-apa. Kalau anda tercari menu ringkas untuk makan tengah hari atau malam, wajib cuba resepi ayam singgang ini.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Wida Hasnida
Baca Juga: “35 Tahun Hidup, First Time Makan Ikan Goreng Sedap..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia Ikan Goreng Mentua