Ayam masak paprik thai, sungguh enak jika dihidangkan bersama nasi putih. Rasanya yang menarik dan sedap pasti akan menaikkan selera penggemarnya.

Disini, kami ingin berkongsi sedikit resepi untuk Ayam Masak Paprik Thai.

Bahan-bahan:

  • Sedikit minyak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 keping isi ayam bahagian dada
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit air
  • Daun limau purut
  • Karot
  • 2 batang kacang panjang
  • Bunga kubis
  • Sayur babycorn
  • Capsicum merah
  • Cili api
  • Bawang Holland
  • Sedikit gula

Cara-cara untuk memasak:

  • Potong bahan untuk ditumis seperti Bawang putih, Bawang holland, Halia dan Daun limau purut.
  • Potong bahan untuk sayuran seperti Bunga kubis, Sayur babycorn, Karot, Kacang panjang dan Cili api.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putin dan halia yang telah dipotong bersama serai yang telah dititik.
  • Masukkan cili kisar dan ayam yang telah dipotong.
  • Masukkan sos cili, pes tomyam, sos tiram, kicap manis, sos ikan dan sedikit air.
  • Masukkan sayuran yang telah dipotong dan kacau sehingga masak.

Ada beberap bahan utama yang sangat penting dalam penyediaan ayam masak paprik yang sedap, jadi pastikan anda tonton video ini sampai habis.

Selamat mencuba !!!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 11 times!)